Mengenai Kami

KEM BUDI berteraskan Budaya Melayu dan Warisan Islam disusun khas bagi mengisi waktu anak-anak semasa cuci sekolah. Tujuan bagi mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dan juga membantu anak-anak ini daripada membuang masa melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti lepak, rempit dan sebagainya. 

Justeru itu, pihak Majmak Budaya dan Warisan Jawi dan Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WarisAlam) berusaha menganjurkan program KEM BUDI yang menarik ini, pastinya memberi manfaat kepada anak-anak serta membantu mereka daripada membuang masa melakukan aktiviti kurang berfaedah. Ini sebagai langkah awal dalam memberi pendedahan kepada para remaja dalam membentuk golongan muda ini yang bakal menjadi pelapis kepada tonggak pentadbiran negara akan datang. 

MAJMAK BUDAYA DAN WARISAN JAWI :
Merupakan sebuah syarikat yang berdaftar, berpengalaman mengendalikan pelbagai program kajian dan melestarikan budaya Melayu di dalam negara dan ke luar negara. Portfolio terbaik syarikat ini adalah menganjurkan program Kembara Jejak Warisan Jawi ke 7 buah negara dengan kenderaan pacuan 4 roda selama 25 hari dari Malaysia ke Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar sehingga ke China meliputi pelbagai program kajian sejarah, persembahan seni budaya, menghulur bantuan kebajikan dan kemanusian kepada penduduk Melayu Islam di setiap negara.
Pengalaman syarikat ini sering dijemput oleh Pusat Pengajian Tinggi, Sekolah, Kementerian dan Syarikat Swasta untuk mengendalikan pelbagai program motivasi, seminar dan kebudayaan.














PERSATUAN SENI DAN BUDAYA WARISAN MELAYU JAWI (WarisAlam) :
WarisAlam bergerak giat memprosikan Seni dan Budaya Melayu agar kembali menjadi amalan baik masyarakat Melayu terutamanya diperingkat remaja. WarisAlam turut berjaya mengendalikan 
pelbagai program budaya bersama Kementerian, Pusat Pengajian Tinggi dalam menganjurkan Pameran dan Persembahan.
WarisAlam berpengalaman lebih 5 tahun mengendalikan kursus Seni dan Budaya di semua peringkat umur. Hari ini WarisAlam turut mengendalikan sepenuhnya sebuah program bahasa dan budaya Melayu di sebuah sekolah di Kampong Chumnik, Kemboja.


Labels